Wednesday, October 15, 2008

Pemimpin bersalah tidak haruslah diberikan tolerasi terlampau!

Walaupun saya selalu bersetuju bahawa semua orang manusia mestilah belajar bersyukur kepada Tuhan dan juga belajar bersyukur kepada manusia lain apabila kami sudah terhutang budi, tetapi saya berpendapat bahawa mengucapkan kesyukuran kepada seseorang penderma atau pembantu kepada kami bukanlah bermaksud kami haruslah mengekori sesiapa pun dengan secara buta mata atau buta hati.

Kalau terdapat seseorang pemimpin negara sudah diketahui membuat kesalahan besar atau membuat jenayah jahat seperti menyalahgunakan kuasa pemerintah, memakan rasuah atau membunuh orang, maka tindakan wajar dari segi undang-undang mestilah diambil oleh kami walaupun kami tersedar bahawa kami pernah terhutang budi kepada pemimpin negara yang dituduh membuat kesalahan ini. Prinsip-prinsip pemerintahan gunapakai undang-undang ("Rule of Law") haruslah diperkukuhkan walaupun dalam proses untuk memperkukuhkan pelancaran undang-undang, kadang-kadang kami dikehendaki mengambil tindakan tegas ke atas seseorang tertuduh tidak mengira samada tertuduh ini punyai kedudukan politik tinggi atau kedudukan sosial terhormat. Misal kata, kalau seorang pemimpin negara yang kami sudah banyak terhutang budi diketahui oleh kami sudah melanggar undang-undang, maka beliau haruslah diambil tindakan undang-undang seperti dibawa ke hadapan hakim mahkamah untuk menjalankan perbicaraan tanpa prejudis.

Sistem kerajaan kami tidak haruslah memberikan tolerasi yang terlampau baik kepada seseorang pemimpin yang sudah bersalah dari segi undang-undang walaupun pengampunan boleh diberikan daripada pihak individu. Mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan Undang-undang adalah lebih penting daripada mempertahankan nilai moral lain seperti sikap mengingati hutang budi.

Jadi kalau kerajaan BN sudah membuat kesalahan besar dari segi undang-undang, kerajaan ini tidak boleh diberikan tolerasi untuk sekalipun dengan secara berleluasa dan tanpa terkawal. Pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan besar dari segi undang-undang boleh juga didakwa di mahkamah undang-undang tanpa prejudis. Inilah sikap betul yang haruslah dipupuk oleh seseorang manusia yang tahu bersyukur kepada Tuhan dan juga tahu bersyukur kepada manusia lain.